Monday, August 18, 2008

Harga minyak dijangka jatuh

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Harga minyak mentah global yang mencatatkan trend penurunan hampir sebulan diramalkan terus susut sebanyak 10 peratus untuk berada pada harga antara AS$90 (RM300) hingga AS$100 (RM334) setong dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Penyelidikan Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, punca utama penurunan harga minyak global itu disebabkan oleh kelembapan ekonomi di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malah menurut beliau, permintaan bagi bahan api itu di China telah turun sebanyak tujuh peratus.

''Meskipun ada yang berpendapat penurunan harga minyak disebabkan oleh kemelesetan ekonomi di Eropah dan AS tetapi keadaan itu (kemelesetan ekonomi) masih belum benar-benar berlaku.

''Sebaliknya, apa yang berlaku ialah permintaan bagi komoditi ini semakin kurang kerana sikap berhati-hati pasaran dengan keadaan ekonomi semasa khususnya di Eropah dan AS," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Beliau berkata, bagaimanapun trend penurunan harga minyak global itu hanya bersifat sementara kerana situasi semasa tersebut dilihat lebih kepada pembetulan teknikal.

Teng Siew menambah, dalam tempoh 10 tahun sejak 1998 hingga 2008, harga minyak global mengalami pembetulan teknikal utama sebanyak enam kali membabitkan penurunan harga antara 22 peratus hingga 56 peratus.

Namun, katanya, dalam keadaan sekarang pembetulan teknikal bagi harga minyak hanya di antara 24 peratus hingga 25 peratus sahaja dan ia dianggap 'biasa'.

Mengulas mengenai prestasi penurunan harga minyak itu, Teng Siew menjangkakan harga minyak akan mula mencatatkan kenaikan pada awal tahun depan dan berada pada sekitar AS$100 setong sebelum melonjak kepada AS$130 (RM434.2) setong pada pertengahan tahun depan.

Ditanya kesan penurunan harga minyak global terhadap subsidi minyak oleh kerajaan, beliau berkata: ''Saya berpendapat memang terdapat pengurangan (subsidi) tetapi ia tidak membabitkan satu jumlah yang besar''.

Tambah beliau, dalam keadaan semasa kemungkinan subsidi kerajaan berada di sekitar 20 sen bagi seliter harga minyak runcit.

Tetapi, sekiranya harga minyak global terus jatuh pada paras AS$100 setong dan harga runcit bahan api semasa masih dikekalkan, kemungkinan besar kerajaan tidak perlu memberi subsidi kepada komoditi tersebut.


Dipetik dari Utusan Malaysia Online 17/8/2008


Harga minyak kt pasaran dunia dah jatuh smpai dibawah AS$100 setong. Tapi kenapa harga minyak kt pasaran Malaysia still maintain cmtu je. Ada pengumuman bahawa harga minyak kt Malaysia akan turun pada 1/9/2008 ni. Kenapa perlu tunggu lama untuk turunkan harga minyak tu. Sedangkan klau nak naikkan harga minyak laju je...

100 mahasiswa berhimpun di Parlimen protes AUKU

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 mahasiswa institusi pengajian tinggi dari seluruh negara mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk Parlimen di sini bagi mendesak supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dihapuskan dan bukannya setakat dipinda.
Kumpulan pelajar yang bergelar Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) itu memakai pakaian serba hitam berarak menuju ke hadapan pintu masuk Parlimen pada jam 9.15 pagi sambil membawa sepanduk yang antaranya tertulis "GMMA Bantah Pindaan Kosmetik AUKU".
Koordinator GMMA, Ridzuan Muhamad, berkata pindaan akta itu hanya untuk memuaskan hati pihak tertentu tanpa memberi kebaikan kepada mahasiswa secara keseluruhan.

Perhimpunan itu berakhir selepas Ridzuan menyerahkan satu memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron di pekarangan bangunan Parlimen kira-kira sejam selepas itu. Idris pula berkata pindaan AUKU akan dibahaskan oleh di Parlimen sedikit masa lagi, dengan mengambil kira juga pandangan mahasiswa. - Bernama

dipetik dari berita harian online 18/8/2008

Pada sy, AUKU ni ade pro and kontra. Terpulang pada masing-masing untuk tentukan.
Mgkn ada sesetengah peraturan didlm AUKU tu dianggap menghalang kebebasan, tetapi mgkn ada kebaikannya dan mgkn juga keburukan. The time will tell..

Sunday, August 17, 2008

Salam n Greetings

Blog ni adalah blog rasmi pmfep. Salah satu media pmfep untuk berkomunikasi dengan mhasiswa/i sekalian selain dari cara konvensional cam buletin ngn poster 2. Sy/aku Kazama, penulis blog ini. (Sje gne nme jepun cm kool je) haha! Kat blog nilah akan dihebahkan segala info mngenai pmfep khasnya dan mengenai fep, ukm dan isu - isu semasa kt m'sia amnya. Di blog ni juga mahasiswa/i sekalian boleh memberi komen, cadangan, aduan dan sebagainya. Sgala aduan dan cadangan 2 akan sy/aku sampaikan kepada exco2 yang sepatutnya untuk tindakan yang sewajarnya. Klau nk kutuk pn boleh je. Tp jgn lebih2 plak. Kepada yg bkn student kt fep pn boleh join klau nk komen ke ape ke. 'The more the merrier' gitu. Disebabkan blog ni baru je dilancarkan, soryla klau ade sebarang kesilapan. Kesilapan 2 akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Klau mahasiswa/i sekalian ade sebarang isu untuk dibincangkan, dikomen, dibahaskan, post je segala idea korang 2 k. So enjoy blogging! Chiao!